Monday 25 April 2016

Trip ke Ao Nang, Honda City Solo

Aku nak share pasal pengalaman aku memandu ke Ao Nang. Aku bertemankan kawan travel aku, Man dengan menaiki satu kereta.

Perjalanan aku bermula pada malam hari Jumaat. Kalau ikutkan Jumaat malam Sabtu lah. 

Dari tempat kerja aku di Ampang, aku lepak sampai Isyak sambil tunggu Man sampai. Aku malas nak balik rumah macam Man sebab rumah aku dekat Puchong. Lagipun aku ada appointment dengan agen insuran aku dekat Sg. Buloh.

Dalam pukul 9, aku bergerak ke Sg. Buloh. Sambil santai dengan isu insuran aku, pekena sekali makanan Thai. Konon macam preparation la nak masuk Thailand.

Aku start perjalanan dari highway Guthrie, melalui Elmina. Kemudian terus sampai ke Rawang. Memandangkan aku belum isi minyak lagi, so aku stop dekat stesen Petronas Rawang. Full tank masa tu dalam RM70 untuk Ron 97. Memang kebiasaan aku isi minyak Ron97. Sambil isi minyak, kawan aku Man beli makanan untuk bekal dalam kereta.

Tak de cakap banyak, dari Rawang, aku terus pecut ke Utara. Masa tu jam dah pukul 12 tak silap. Target aku R&R Sg. Perak sebelum pukul 2 pagi. Alhamdulillah aku sampai awal jugak. Cadang nak pekena kopi tapi Man cakap dia lepak dekat kereta. Bukan apa, dekat atas tu bukan boleh hisap rokok. Aku naik atas, pergi toilet, cuci muka sikit kemudian turun ke kereta.

Dah selesai hisap rokok semua, aku teruskan lagi perjalanan sampai ke R&R Gurun. Aku sampai dekat gurun dalam pukul 4 pagi. Tak tau la berapa laju aku bawak. Dalam kepala fikir nak masuk Thailand je. Hihi

Dekat Gurun, aku pekena kueh tiow sebab rasa macam lapar. Man lepak je dekat kereta. Nak tido katanya. Lepas makan, aku pun rasa mengantuk jugak. Tapi aku tahankan je mata. Bukan apa.. Nanti sedap tido, Thailand entah ke mana pulak.

Dalam pukul 4 lebih aku teruskan lagi perjalanan. Sampai la ke Changlun. Masa tu cadang nak tukar duit Baht sebab aku bawak sikit je. Sambil tukar, tanya2 orang dekat situ bole buat insuran kereta. So aku pun buat la sekali. Kena RM20 untuk insuran kereta dengan border pass.

Dah settle insuran dengan tukar duit, aku mencari stesen minyak memandangkan minyak dah tinggal suku. Bukan apa, kalau isi dekat Thailand harganya mahal. Tp masalahnya stesen minyak tutup. Terpaksa la menunggu. Sedang elok menunggu, bergemala azan menandakan waktu Subuh. Aku dengan Man solat jemaah dekat masjid, sementara nak menunggu stesen minyak bukak.

Aku isi minyak dekat Shell, Ron 97 dalam RM60 untuk full tank. Lepas isi terus shoot pergi ke border. Alhamdulillah sampai border tak sesak sangat. Mula mula tak tau prosedur. Konon dah buat insuran semua dah settle.. Sekali ada lagi borang kena isi. Borang tu untuk pemandu declare berapa penumpang yang dia bawak. So, kalau lain kali nak masuk dengan kereta, pastikan anda isi dokumen berikut.. Borang border pass, borang declare penumpang, dan insuran. 

Selesai masuk border di mana proses cuma 15 minit sahaja, aku terus ke pekan Danok. Tak jauh pun dari border tu. Dalam 200 meter je. Pekena roti canai dengan teh tarik. Untuk pengetahuan, aku tak berapa berkenan teh dekat Malaysia. Tapi teh dekat Thailand ni pelik. Rasa dia sedap gila. Bole ketagih aku.

Selesai makan, aku teruskan perjalanan dan destinasi pertama ialah Hat Yai. Tujuan ke Hat Yai ialah nak mencari kedai 7 Eleven yang jual peta Thailand. Benda penting ni. Nak harap GPS, sim kad tak beli lagi. Lagipun, kalau dok mengharapkan GPS, tak rasa adventure la pulak.

Lepas beli peta, maka bermula lah perjalanan dua orang bujang di bumi Thailand ni. Next Bandar ialah Patthalung. Aku tak tau camne aku boleh jumpa jalan tapi belasah je lah sebab dalam peta, Hat Yai tak termasuk pulak. Aku just berpandukan no siri jalanraya je. Perjalanan ke Patthalung ambil masa dalam sejam.

Lepas sampai di Patthalung, aku teruskan lagi perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu Trang. Dari Patthalung ke Trang ni boleh tahan jugak jaraknya. Tak banyak tempat menarik pun nak di singgah. Sekadar pemandangan perkampungan dan hutan hijau. Cuma di Trang, kawasan tersebut sedikit sesak sebab ia merupakan pusat Bandar. Oleh kerana lapar, aku pekena nasi kuning yang kebetulan terjumpa. Susah beb nak cari makanan halal dekat sini.

Cuaca tak payah cakap lah, memang terik. Makan pulak dekat kedai beratapkan zink je. Lagi berbahang di buatnya. Dekat kedai ni cuma ada nasi kuning dengan air botol je. Man mintak air nescafe, langsung tak ada. Nak komunikasi pun boleh tahan jugak susahnya.

Settle makan, aku teruskan lagi perjalanan sampai ke pekan Krabi. Tapi bukan aku yang drive. Kali ni aku mintak si Man drive. Aku pulak berdengkur dekat sebelah. Mata dah rabak gila beb. Boleh tadi masa drive, siap aku berhenti tengah2 jalan. Lane paling kanan pulak tu. Mujur lah tak de lori yang sondol belakang.

Sampai pekan Krabi, apa yang aku expect tak seperti yang aku gambarkan. Rupanya pekan Krabi ni just town semata mata. Yang ada pun muara sungai, bukanlah tepi pantai yang indah. Memandangkan pekan Krabi ni tak Nampak menarik bagi aku, aku proceed sampai ke Ao Nang. Dan kali ni aku tak salah pilih. Ao Nang merupakan kawasan pantai yang cantik di mana memang kena dengan diri aku yang sukakan nature ni.

Sampai je Ao Nang, aku stop kejap sambil mencari simkad local. Aku perlukan internet untuk search online hotel hotel yang murah dan dekat. Aku amik sim kad yang pakej internet untuk seminggu. Harga dalam THB300 tak silap. Cepat cepat aku search hotel dan kebetulan jumpa yang berhampiran dengan harga THB2000 untuk 2 malam.

Dah sampai hotel, apa lagi... Memang landing time la aku. Dah tak ingat apa dah. Pasang aircond, baring atas katil. Tau tau dah petang nak Maghrib. Aku cepat cepat bangun, amik wudhu lepas tu solat jamak takhir.

Aku lepak tengok TV, sampai dalam pukul 7 lebih macam tu, solat jamak takdim pulak. Lepas tu lepak kejap sambil tunggu member aku siap. Target malam ni nak pekena makanan Thai baek punya. Tapi tak bole nak enjoy makan sangat. Si Man ni tak bole pulak pekena seafood. Gatal nanti.

Aku sewa skuter yang memang hotel sediakan, isi minyak yang kebetulan ada sebelah hotel. Merayap la dekat pekan AoNang tu. Jalan punya jalan, ternampak la satu kedai halal depan area masjid Ao Nang.

Menu yang kitorang order ialah pulut mangga, udang harimau masak kari Thai, siakap stim lemon, kailan ikan masin, sotong goreng tepung, tom yam puteh, dengan air jus satu jag. Pecah perut beb makan berdua je. Nak nak aku je yang meratah seafood tu. Dah kenyang makan semua, rilek bagi perut ok. Dah ok, baru gerak. Kena la THB1,500 untuk semua makanan tadi. Bagi aku, berbaloi sebab memang sedap beb.Rupa rupanya kedai ni famous jugak. Pernah masuk dalam drama Tuan Anas Mikhael camtu la tajuk dia. Bangboo Halal Food, nama kedai ni dan terletak bertentangan dengan masjid Ao Nang.

Kenyang makan, kitorang ronda ronda dengan skuter. Aku suruh Man park dekat dengan Walking Street. Lepas tu jalan kaki je area situ. Bagi aku, kawasan dia tak la besar mana pun. Kalau nak di bandingkan Phuket, dengan Pattaya yang pernah aku lawat, Ao Nang ni kecik je.

Puas pusing2 sambil lepak 2 ada la terjumpa kawan kawan dari Malaysia yang datang bercuti. Memang kebetulan Malaysia ada cuti umum sempena Thaipusam. Sebab tu kot ramai orang bercuti dekat sini.

Lepas puas lepak area pekan Ao Nang tu, mula la kepala ni fikir jahat.. Aku ajak si Man cari rumah urut. Survey punya survey, dapatlah jumpa yang murah. Body massage, THB200 untuk satu jam. Rata rata yang lain mahal sikit.  Tapi mahal pun dalam THB300 sejam. Mungkin sebab kedai tersorok, sebab tu harga murah kot.

Lepas pekena massage, kedai pun banyak tutup. So aku pun balik ke hotel. Sempat lagi la pekena teh thai dekat warung sebelah hotel. Lepas tu baru la balik hotel, sambung tido.

Ke esokan harinya, aku keluar breakfast dekat area masjid. Ada la jual pancake pisang, Kira macam roti canai pisang je. Kuah dia letak susu pekat. sedap, Memang kena dengan selera aku. Tak cukup dengan pancake pisang, aku pelahap pulak nasi lemak ayam. Aku tak tau la kenapa dengan aku. Aku sebenarnya kurang sikit nak meratah ayam lagi2 ayam goreng, tapi... kalau ayam goreng yang di jual dekat Thailand ni, boleh ketagih aku. Sedap weh...

Aku bungkus nasi lemak dengan pancake pisang untuk Man sebab dia tak bangun lagi. Aku pagi pagi dah rembat skuter. hahahaha.. Sampai hotel, tengok dia tak bangun lagi. Arini tak de program sangat, ikutkaan just nak berendam dalam air laut je la.

Dalam tengahari, kitorang keluar dengan kereta pusing2 town Ao Nang dengan Krabi. Harapan kalau ada kedai best best bukak, memang nak singgah. Tapi hampa. Kebanyakan kedai tutup memandangkan hari ni Ahad. Aku rasa memang dorang tak meniaga la hari Ahad. Pusing punya pusing boleh terlepas dekat kampung nelayan area Krabi.

Boleh tahan kawasan dia, cantik cuma ni dah kawasan muara sungai. Nak harap tengok air laut yang kebiru biruan tu takdelah. Dekat area sini ada satu kawasan taman. Rasanya famous kot taman ni sebab ramai orang lepak. Siap ada kedai makan lagi.

Memandangkan hari panas terik, mula lah tekak mencari sesuatu. Ternampak kedai halal Sofeya Tara Krabi dekat tepi jalan menghadap muara sungai. Layan la kueh tiow tom yam dengan air mangga. Layan beb tengahari buta ni.. Sejuk tekak.

Puas makan, kitorang gerak pergi area town Krabi. Kali ni kitorang lepak dekat trade mark kawasan Krabi iaitu tugu Ketam. Kebetulan ramai orang bergambar dekat sini. Aku join je la sambil usha2 awek cun.

Lepas settle bergambar dan tak de apa nak di buat, ktorang pulang ke hotel. Rasa dah boleh hafal dah jalan dekat Krabi ni. Sampai hotel, sambung la tido. Memang tak de apa nak buat sangat. Aku layan TV, dalam lepas Asar tu capai kunci Skuter, pergi beli makanan dengan souvenir untuk kawan2. Ada la pasar malam dekat tepi tepi jalan tu.

Aku lepak tepi laut sambil beli baju tshirt untuk kenang kenangan. Lepas capai baju, aku merayap sorang sorang area tugu ikan layaran. Tugu ni pulak trade mark kawasan pantai Ao Nang ni. Dah nak malam, baru la aku balik ke hotel. Sian pulak si Man kot kot dah jaga.

Waktu malam, lepas Isyak, tetiba rasa nak merayap. Aku on je. Naik skuter, jalan jalan cari barang lagi. Kedai pun macam dah nak tutup je. Mungkin esok nak keje kot. Puas pusing, ktorang cari kedai makan area2 hotel pulak. Adalah satu kedai halal sebelah pub. Serius, menu dengan rasa masakan dekat sini terbaek. Kalau kedai ni dekat, memang aku jadi regular customer dah. Man makan sikit je, aku la melantak kaw kaw.

Puas makan, ktorang pun balik ke hotel. Memang dah tak de apa2 sangat dah waktu malam ni. Tak semeriah malam semalam. Sampai hotel, layan teh hijau Thai dulu.. Teh sini pun lain macam rasa. Ketagih beb. Lepas pekena teh, baru la balik bilik sambil kemas2 beg. Esok pagi cadang nak gerak awal.

Bangun pagi, aku siap2 kemas packing beg sume letak dalam kereta. Selesai semua, ktorang pulangkan kunci hotel dengan kunci skuter. Alih alih, owner hotel tu buat bodoh je pasal sewa skuter. Apa lagi, kitorang blah je la. Jimat 200 Baht.

Singgah dekat area masjid Ao Nang, aku ajak Man breakfast dulu. Tengah makan, leh pulak kena serang dengan group monyet. Sabar je la. Nasib spec Ray Ban aku tak jadi mangsa. Selesai makan, aku terus shoot sampai ke border. Tak banyak tempat berhenti. Sekali dua je pun sebab nak isi minyak. Memang target nak pergi border je sebab nak beli air kotak dengan nak buat stiker Thai.

Alhamdulillah, sampai Danok dalam pukul 2 tak silap. Ktorang beli stiker Thai, sambil shopping air kotak. Perut pun memang lapar masa tu. Pekena nasi kuning dengan ayam goreng la apa lagi. Setle makan, pergi amik stiker dekat agen insuran, ktorang pun beratur la masuk ke Malaysia.

Begitulah cerita perjalanan aku ke Krabi. Untuk pengetahuan, modal yang habis sepanjang dari hari bertolak sehinggah hari pulang, masing masing kerugian RM300 dan THB3,000. Bagi aku berbaloi sebab cover minyak kereta, tol, insurance, makan, hotel, sim kad, dan kos sampingan. Lebih ikutkan. Masing masing pulak jenis tak berkira. InsyaAllah akan ada lagi trip mendatang.

No comments:

Post a Comment