Thursday 15 December 2016

Honda City: Penjelajahan semula ke Krabi

Krabi Trip
Date (31 Aug - 5 Sept)

31 Aug 2016 (Rabu)
Bermula dari stesen LRT Ampang, Aku bertolak selepas solat Zohor bersama 3 orang teman(1 bos dan 2 rakan sekerja). Alhamdulillah, jalan tidak begitu sesak walaupun masa ni tengah cuti public sempena Hari Kebangsaan. Kami tiba di RnR Tapah untuk makan tengahari dan kemudian meneruskan perjalanan ke RnR Kuala Kangsar untuk berhenti solat Asar dan mengisi minyak kereta. Cuaca agak buruk sebabnya, sepanjang panjang perjalanan bermula dari Sg. Buloh hujan mencurah curah. Pemandangan dan kelajuan kereta amatlah terhad. Bayangkan boleh speed dalam lingkungan 60km/h je.
Cop passport
Aku berhenti lagi dekat RnR Gurun. Waktu pun dah pukul 7:30 malam. Masa tu badan dah rasa longlai sebab rasa lama sangat duduk dalam kereta. Aku decide untuk rehatkan badan sebelum teruskan perjalanan ke border. Nasib baik masa ni hujan dah tak selebat macam sepanjang perjalanan tadi. Tepat pukul 8:00 malam, akhirnya aku tiba di sempadan Bukit Kayu Hitam. 

Oh ya, di sebabkan Malaysia tengah cuti umum masa tu, aku tak sempat nak buat persediaan contohnya insuran, borang declare penumpang, border pass dan sebagainya. Terpaksa la buat kesemuanya di sempadan.

Dah selesai urusan border, benda pertama dalam kepala otak aku ialah makan. Takde cite banyak, dekat pekan Danok tu jugak kitorang cari kedai makan. Benda yang tak boleh miss order ialah nasi kuning dengan ayam goreng tambah lagi dengan tomyam putih dia. Merecik!!!

kedai makan di pekan Danok
Selesai makan, kami solat isyak dulu sebelum meneruskan perjalanan. Plan aku, kena sampai Krabi esok pagi sebab plan nak mandi di Emerald Pool. Tanya punya tanya, rupanya ada masjid betul betul dekat lorong selang blok kedai yang aku makan tadi. Sebelum ke masjid tu, aku ingatkan kawan kawan aku, beli simkad sebab takut susah nak communicate. Aku beli simkad sekali pakej internet yang pakai untuk seminggu. Harga cuma THB190 sahaja. Settle urusan simkad, aku pun pergi la ke masjid tu. Badan pun dari tadi duduk tahan kencing je. Nasib baik pagar masjid tak berkunci, mudah la kami nak tunaikan solat.
Masjid Danok
Selesai solat, aku terus shoot ke Hat Yai. Cadang nak bawak kengkawan pergi ke Asean Night Bazaar. Elok je sampai, tengok semua kedai dah nak tutup. Aku lupa yang aku pergi tu hari Rabu. Rupanya dorang bukak lewat malam hanya pada hari minggu je. Agak kecewa la jugak pasal ada satu kedai tu aku nak pergi. Tengok jam, baru pukul 11:00 malam. Tapi!!! pukul 11:00 ni adalah waktu Thailand. Jam dorang lambat sejam. So, kalau ikutkan waktu Malaysia pukul 12:00 malam dah. Aku rasa macam awal lagi. 

Walking Street Hat Yai
So, singgah la area Lee Garden kejap. Jalan pusing2 tengok kedai dengan ragam orang Thailand. Dah nak tutup dah semua tempat dekat situ, yang hidup pun area Lee Garden je.  Oleh sebab Asean Night Bazaar dah tutup, aku ajak kengkawan supper. Kalau dekat sini, aku memang order oyster goreng je. Faveret... Sambil makan borak la dengan orang Thai walaupun aku tak faham. 
Man dan Awe, dekat kedai Oyster Goreng faveret aku

Kenyang makan, tapi mata masih rabak lagi sebab aku tak berhenti drive dari tadi. Aku bagitau member lain yang aku nak gi massage jap. Sudahnya semua pun ikut sekali nak massage. Adoila.. Aku massage kaki JEE sejam (sebab bos ada). Sambil tu dapat la lelap kejap sementara member aku yang lain pulak pergi massage badan. Bos aku pun join massage kaki je.

Selesai massage, kitorang pun bergerak menuju ke Ao Nang. Jam masa tu pukul 1:30 pagi. Dengan berbekalkan Waze, pelan pelan kami menuju ke Ao Nang.
  • Departed to border #1330
  • Rest at Tapah RnR #1530
  • Solat at Kuala Kangsar RnR #1700
  • Rest at Gurun RnR #1930
  • Arrived at border #2000
  • Dinner at Danok #2030
  • Solat at Masjid Danok #2200
  • Visit Asean Night Market #2300
  • Sight seeing at Hat Yai #2315
  • Supper at Hat Yai #2345
  • Massage at Hat Yai #0000
  • Depart to Ao Nang #0130

1 Sept 2016 (Khamis)
Dari Hat Yai tu aku yang drive. Bukan tak nak bagi orang lain drive, tapi aku suka drive. Lagipun badan still okay lagi. Cuma aku mintak sorang kawan aku je dok sebelah teman aku. Cuaca malam tu so far baik cuma gelap sikit mungkin bulan tak mengambang. Tapi sepanjang jalan memang clear. Lampu isyarat aku main redah je. Tak de nak stop2 bila lampu merah. 

Ikut Waze, entah mana mana jalan dia bawak entah. Walaupun dalam hati agak was was, tapi nak tak nak, kena percaya jugak la dekat Waze ni. Korang bayangkan aku lalu jalan ladang getah. Pukul tiga empat pagi tetiba terpacul orang kayuh basikal nak pergi menoreh. Mau tak seram.. 

Oleh sebab hati kental, aku non stop sampai la jumpa jalan besar balik. Masa tu mata aku dah start rabak. Aku tengok member sebelah dah hanyut dah. Aku drive je lah selagi boleh sampaila dekat area Trang. Aku stop jap dekat petrol pump sebab nak terkencing. Memang sejuk pun malam tu. 

Dari petrol pump tu, khidmat member aku pulak diperlukan. aku tukar seat dengan bos aku, aku duduk belakang tido. Next checkpoint aku dah set dekat Waze nak solat Subuh dekat Trang. Akhirnya dalam pukul 5:00 pagi, kitorang sampai dekat masjid.
Masjid Ban Thung Lo, Trang
Masa kitorang sampai kebetulan lagi berapa minit nak Subuh. Tahan je lah mata tu jap. Borak borak dengan imam masjid tu. Cerita lebih kurang, maka masuklah waktu Subuh di kawasan Trang dan sewaktu dengannya.

Abis solat, masing masing blur tak tau nak buat apa. Aku google translate tanya tok imam dekat mana ada kedai Muslim. Imam bagitau belum bukak lagi, so aku pun ajak gerak pergi tempat lain. On the way nak ke jalan besar, imam tadi nampak ktorang terus dia panggil ajak minum.
Bersama Imam Masjid Ban Thung Lo, Trang District
Terus aku parking kereta, layan la imam tadi sambil borak. Rupanya imam tu orang Krabi. Bini dia orang Trang. Aku tak tau tu kedai siapa, tapi kitorang di jamu air kopi o dengan kuih chakoi. Dari situ baru aku tau, dekat Thailand pun dorang panggil kuih chakoi.
Tuan kedai tengah goreng chakoi guna dapur arang
Dah sudah sarapan, aku pun mintak diri dengan imam. Perjalanan seterusnya ialah Emerald Pool yang terletak 80km dari pekan Krabi. Aku plan nak mandi dekat situ sambil lepak lepak sementara menunggu waktu check in hotel tengahari nanti. Tapi malangnya, bila ktorang sampai Emerald Pool tu macam masih belum di buka. Tambahan pulak anjing berkeliaran keliling kereta masa aku sampai. Nak bukak tingkap pun takut. So, cancel la hajat nak mandi dekat situ.
Aku sampai tau tempat ni
Dalam tak sedar, drive punya drive sampai la aku dekat pekan Ao Nang. Hotel aku dah book awal dah guna Booking.com. Tanya dekat tourist center tepi jalan, rupanya hotel yang aku book tu xjauh pun dari situ. Tengok jam baru pukul 9:00 pagi. Apa lagi, singgah kedai makan dulu..
Kedai sarapan pagi
Aku pekena nasi kuning dengan ayam goreng sementara yang lain pekena nasi kerabu. Sedap beb, original rasa Thailand bak hang. kedai tu tak jauh pun dari masjid Ao Nang tu. So far, orang situ boleh lagi bercakap Melayu. Kira tak susah la nak order makan.
Nasi Kuning dengan ayam goreng marvelous
Dalam pukul 10:30 pagi, aku pergi ke hotel nak reconfirm pasal booking aku dengan harapan dah boleh check in. Tapi malangnya, waktu check in still pukul 12 tengahari memandangkan bilik untuk aku masih ada penghuni. Aku dah rasa melekit satu badan ni. Mata pun dah berair. Aku pergi dekat kereta konon konon nak amik beg, sudahnya start enjin, kunci kete dari dalam pakai spek itam, tido.. sedar sedar tepat pukul 12:00 tengahari.

Lepas check in, aku mandi, solat Zohor jamak dengan Asar. Settle solat, terus landing atas katil. memang terus lenyap. Sedar dah pukul 5 petang. Tengok kengkawan yang lain masih lelap lagi, aku capai beg dengan kamera, keluar menghala ke pantai.
Roti pisang coklat, wajib cuba
On the way ke pantai, sempat la singgah tourist agent untuk tengok pakej pakej yang menarik. Cadang nak island hoping, cuma tak decide lagi bila. Aku singgah jap dekat restoran halal, pekena roti canai pisang. Sedap, tambah tambah letak coklat dengan susu.. Memang makanan yang perlu try bila sampai di Thailand. Elok tengah makan, sorang member aku lalu depan kedai. Aku ajak dia join sekali. Dia pun pekena roti pisang jugak. Lepas makan, kitorang jalan berdua tepi pantai.
Monumen ikan layaran Ao Nang
Aku lepak sampai la terbenam matahari. Malam plan nak bawak semua jalan jalan area pekan Krabi yang terletak dalam 20km dari Ao Nang. Bos aku ajak pergi masjid, kebetulan malam Jumaat masa tu. Tapi biasa la orang muda ni. Aku suruh bos aku pergi dulu, dah selesai nanti aku amik depan masjid.
Hikmat Kage Bunshin
Dalam pukul 9 lebih, aku amik bos aku dekat masjid, kemudian bawak pusing ke pekan Krabi. Sempat la singgah pasar malam dia tapi kebanyakan kedai dah nak tutup. Mungkin bukan hari minggu agaknya. 

Dah puas pusing, kitorang pun balik ke hotel. Aku pulak merayap pergi massage lagi sekali dekat Ao Nang. Tak jauh pun dari hotel sementara yang lain pergi tangkap Pokemon. Selesai urut, aku ajak member aku makan sebab rasa lapar. Jam pun dah pukul 1 pagi. Kedai yang bukak pun agak jauh tapi kitorang menapak je sebab parking hotel dah kena pagar.

Pekena lagi tomyam seafood dia. Dok sembang sembang, kedai pun dah nak tutup. Oleh sebab pekan dia agak 'mati' malam hari biasa, aku pun balik hotel sambung tido.
  • Solat subuh at Masjid Ban Thung Lo, Trang #0500
  • Breakfast with Trang local residence #0630
  • Arrived at Aonang #0900
  • Breakfast at Aonang #0915
  • Check in hotel #1200
  • Free Aktivity/Rest
  • Visit Krabi Town #2130
  • Visit Krabi night market #2200

2 Sept 2016 (Jumaat)
Hari ni tak de aktiviti sangat tapi dah plan nak ke Phuket. Maka, pagi pagi lagi dah siap nak bertolak. Target nak solat Jumaat dekat Masjid Mukarom, Phuket. Sebabnya di katakan area situ merupakan kawasan perkampungan Islam.

Pukul 9 pagi dah ready nak keluar hotel. Macam biasa, singgah breakfast dekat kedai biasa untuk sarapan pagi. Kali ni aku pulak pekena nasi kerabu.  Layan beb. Dalam pukul 10 pagi, kitorang bertolak ke Phuket. Kena gerak awal sebab takut tak sempat nak solat jumaat.
Aku sampai Masjid Mukarom tepat masuk waktu Zohor. Alhamdulillah.. merasa la dengar khutbah jumaat versi Thai.
Masjid Mukarom, Phuket
Selesai solat, lepak jap sambil berborak dengan jemaah yang datang. Borak punya borak, orang Pathani daa.. sembang Melayu lagi. Dia pun datang sebab ada majlis ilmu.
Borak dengan jemaah dari Pathani
Lepas selesai solat, apa lagi.. kita makan dulu. Aku teruskan perjalanan ke Phuket. Singgah isi minyak sebab minyak dah habis. Itupun isi dalam THB500 je sebab minyak dekat Thai ni mahal sikit harganya. Tak nak terlebih isi sebab nanti membazir.


Tandas untuk warga pondan
Akhirnya sampai la ke kedai makan betul betul bertentangan masjid Patong, Phuket. Nama kedai dia Saveena Halal Food. Mulanya nak makan kedai sebelah dia sebab dalam review, kedai tu famous. Sekali bila masuk kedai, rupanya kedai tu kedai makanan turki. Memang tak de la nak try. Kali ni bos aku open table. Apalagi, melaram...
Masjid Patong, Phuket

Air warna warni - Saveena Halal Food
Selesai makan, aku drive ke Patong Beach yang tak berapa jauh dari situ. Cari parking punya la jauh. Aku cadang nak tido kejap dalam kereta, tapi yang lain pulak follow je aku macam tak tau nak buat apa. Sudahnya aku alihkan kereta, parking dekat dengan kawasan Bangla Street.
Hujung pesisir Patong Beach
Kereta kesayangan di kelilingi warga Thai

Memandangkan waktu masih awal, aku just lepak dekat tepi pantai sambil tengok sunset. View memang superb beb. Berbaloi la bayar THB50 untuk sewa kerusi malas. Aku duduk dekat 2 jam siap berdengkur lagi.
Sunset View at Patong Beach
Dalam pukul 8:00 malam, aku bergerak ke pekan Patong sebab nak jumpa geng supplier yang kebetulan company family trip dekat Phuket. Dorang ajak makan sekali. Sebab nak jaga hati, join je la. Bukan apa, perut masih kenyang lagi melantak petang tadi. Bos payung kot. Time tu la nak pau dia.
Patong Beach

Depan fountain ni tempat aku urut kaki
Sudah makan, si geng supplier ajak massage pulak. Memandangkan agak letih jugak nak drive balik, dapatla pekena massage Phuket pulak. Orang dah pelawa kan. Lepas massage, aku ajak semua jalan jalan dekat Bangla Road. Sebenarnya tak de apa pun sini cuma banyak pub dengan bar la. Just ada penyeri bapok bapok Thai menari tiang.
Bangla Walking Street
Dah puas jalan, kitorang pun beransur sebab nak drive balik ke Ao Nang ni bukan dekat. Aku memang serender awal. Kawan aku la yang tolong bawakkan. Sampai dekat hotel rupanya dah pukul 3 pagi. Punyala slow member aku drive. Sabar je lah.
  • Free Aktivity
  • Breakfast at Aonang #0930
  • Depart to Phuket #1000
  • Solat Jumaat at Masjid Mukarom Phuket #1230
  • Late lunch at Saveena Halal Food #1500
  • Sunset view at Patong Beach #1800
  • Dinner with Benima Team #2000
  • Foot Massage #2100
  • Bangla Road, Night Market Phuket #2200
  • Return to Aonang #2230

3 Sept 2016 (Sabtu)
Hari Sabtu ni meriah sikit. Maklumla weekend. Aku asal plan nak pergi diving, tapi memandangkan fulus pun dah makin nipis, aku join island hoping je lah. Pukul 8:00 pagi dah terpacak dekat lobby hotel sambil tunggu someone. Aku kenal dia pun malam semalam sebab dia cakap dia leh bawakkan ke island hoping.
Tempat menunggu bot ke pulau pulau
Pergi register dengan buat bayaran dekat tourist center, dorang hantar aku ke jeti untuk Island Hoping. Aku amik pakej 4 pulau je sebab aku dah pernah pergi sebelum ni. Lagipun boleh balik awal. 
Belanja gambar pantai Ao Nang

Ramai jugak yang naik bot dengan aku. Mostly pelancong semua. Warga Thai tak ramai. Maybe dorang punya pendapatan tak semacam Malaysia, tapi bagi aku dorang mampu survive. Tak macam Malaysia, kos sara hidup tinggi melangit.
Bos aku

Sempat bergambar dengan amoi dari China
Cuaca agak mendung awal perjalanan dan hujan lebat jugak masa pergi pulau first. Tapi aku dengan member aku redah je. Aku dengan dia je kot yang pergi berenang sampai ke tengah laut walhal ombak kemain tinggi.
Aom, tour guide untuk island hoping kali ni


Kerja gila layan ombak besar
Lepas settle pulau pertama, barulah cuaca cantik. Antara pulau yang aku singgah ialah pulau Ayam. Dorang cakap sebab ada bentuk kepala ayam. Layan je lah.
Nampak tak kepala ayam tu
Dekat pulau mana entah ni
Dalam pukul 2 kot, kitorang pergi pulau paling last sambil makan tengahari. Makanan di tanggung halal. Aku memang dah lapar masa tu, orang pertama beb yang melantak. Sian dekat member aku tak dapat makan sebab lauk abis. Aku siap order Megi lagi dengan keropok. Perut lapar sebab tak makan pagi rasanya.
PODA Island

Habis island hoping dalam pukul 3 lebih. Aku sampai hotel, mandi, solat jamak terus tidur. Sedar sedar dah maghrib. Itupun sebab bos aku ajak pergi masjid. Aku pun macam tak sedap badan, sambung je tido. Siap pesan dekat kengkawan kejut lepas waktu isyak sebab dah janji nak makan besar.
Amik ko, makan 4 orang punya penangan
Aku ajak makan dekat kedai yang agak famous dalam blog. Bangboo Halal Seafood. Sebelum ni pernah makan dekat sini dan aku rasa harga dia pun tak lah semahal mana. Kali ni aku order seafood je sebab geram tengok kerang dia.
Siakap stim limau
Puas makan, kitorang just jalan jalan sekitar Ao Nang sebab banyak kedai souvenir bukak hujung minggu ni. Adalah dua tiga benda aku beli sebab orang pesan. Selesai shopping, aku just lepak lepak lalu lalang depan pub je sambil dengar live band. Dah agak suram sikit suasana, baru la aku balik hotel tido.
  • Island hoping/diving #0800
  • Free activity/Rest
  • Dinner dekat Bangboo Halal Food #2030
  • Night market Aonang #2200

4 Sept 2016 (Ahad)
Hari last dekat Ao Nang, aku tido puas puas. Dalam pukul 9 pagi baru bangun, kemudian bersiap untuk check out. Macam biasa, singgah sarapan dekat kedai pekena teh hijau. Dalam pukul 11 pagi, cuaca pun agak mendung nak hujan kitorang bertolak ke Hat Yai. Aku yang drive tapi kali ni tak de la laju. Just slow je sebab perasan tayar kereta dah nak botak.
Bergambar dengan geng honda city Thailand
Aku just berpandukan Waze je nak menuju Sarmila Beach. Kali ni tak de singgah mana mana sebab cuaca hujan. Dalam pukul 4 aku singgah solat dekat masjid Songkhla. Tak de plan pun. Asalnya nak singgah makan, kebetulan ada masjid.
Masjid di daerah Songkhla
Aku order burger, sedap beb. Yang tukang buat tu pun boleh tahan lawa. Saje dok borak borak, belajar la dua tiga patah perkataan thailand.
Burger Daging terbaek beb
Tak pernah miss order 'Cha Kiew'
Sudah makan, aku teruskan perjalanan ke Sarmila Beach. Tak sampai berapa minit, tetiba kereta semua berhenti. Lama jugak la aku tunggu tapi kereta just gerak sikit je ke depan. Aku tengok Waze, rupanya kereta semua tengah beratur nak naik feri. Barulah aku tau ada jalan  lain rupanya nak ke pantai Sarmila ni. Cepat cepat aku setting balik Waze, aku buat U-turn, aku ikut jalan lain.
Sarmila Beach, Songkhla
Akhirnya sampai la dekat Sarmila Beach pukul 6 petang. Aku parking kereta, lepas tu pusing pusing area pantai tu. Cadang nak cari makanan, tapi tak jumpa kedai halal. Agak dah nak malam, aku ajak semua pergi Floating Market pulak.
Tugu mermaid, Sarmila Beach
Sampai floating market, terus park kereta aku serbu dekat tepi sungai. Situ ada banyak orang berniaga dalam perahu. Kebanyakan makanan halal. Capai la jugak dua tiga helai t-shirt, sambil layan aiskrim kelapa.
Floating Market, Hat Yai
Ais krim kelapa yang best
Dalam pukul 9 lebih, kedai pun dah nak tutup, aku bergerak ke Danok. Cadangnya nak beli susu pisang dekat Tesco, pusing punya pusing, Tesco pun dah tutup lah rupanya. Yang bukak pun kedai kedai tepi jalan je. Memandangkan tak de apa nak  di buat, aku decide terus masuk Malaysia je.
Balik ke KL
  • Check out hotel Ao Nang #1000
  • Depart to Hat Yai #1100
  • Solat at Masjid Songkhla #1600
  • Tea Time at Barokat Cafe #1630
  • Visit Sarmila Beach #1800
  • Floating Market Hat Yai #2000
  • Depart to Danok #2100
  • Enter Malaysia #2230

5 Sept 2016(Isnin)
Selesai urusan border, aku terus cari stesen minyak memandangkan minyak pun dah nak abis. Sampai dekat Changlun, semua stesen minyak dah tutup. Aku terus pecut masuk highway untuk cari stesen minyak lain. Kebetulan member aku kampung dia dekat Alor Setar, dia bagitau aku ada satu petrol pump lepas keluar tol Alor Setar.
Surau RnR Tapah
Selesai isi, masing masing puas isap rokok, tak de cakap banyak, aku pecut kaw kaw dari Alor Setar sampai ke Tapah. Aku sampai Tapah pukul 2 pagi. Masa tu mata pun dah berat. Kitorang solat, makan kemudian member aku sambung drive.

Akhirnya aku sampai KL dalam pukul 5 pagi. Hantar bos aku balik rumah dia, kemudian aku hantar member aku dekat Ampang sebab dorang parking kereta dekat situ.
Total perjalanan KL-Krabi-Phuket 2274.7km
Tamatlah percutian aku kali ini.
Gambar kenangan di pantai Patong, Phuket

  • Refuel at Alor Setar #0000
  • Solat at Tapah RnR #0200
  • Arrive KL at #0530

Monday 25 April 2016

Trip ke Ao Nang, Honda City Solo

Aku nak share pasal pengalaman aku memandu ke Ao Nang. Aku bertemankan kawan travel aku, Man dengan menaiki satu kereta.

Perjalanan aku bermula pada malam hari Jumaat. Kalau ikutkan Jumaat malam Sabtu lah. 

Dari tempat kerja aku di Ampang, aku lepak sampai Isyak sambil tunggu Man sampai. Aku malas nak balik rumah macam Man sebab rumah aku dekat Puchong. Lagipun aku ada appointment dengan agen insuran aku dekat Sg. Buloh.

Dalam pukul 9, aku bergerak ke Sg. Buloh. Sambil santai dengan isu insuran aku, pekena sekali makanan Thai. Konon macam preparation la nak masuk Thailand.

Aku start perjalanan dari highway Guthrie, melalui Elmina. Kemudian terus sampai ke Rawang. Memandangkan aku belum isi minyak lagi, so aku stop dekat stesen Petronas Rawang. Full tank masa tu dalam RM70 untuk Ron 97. Memang kebiasaan aku isi minyak Ron97. Sambil isi minyak, kawan aku Man beli makanan untuk bekal dalam kereta.

Tak de cakap banyak, dari Rawang, aku terus pecut ke Utara. Masa tu jam dah pukul 12 tak silap. Target aku R&R Sg. Perak sebelum pukul 2 pagi. Alhamdulillah aku sampai awal jugak. Cadang nak pekena kopi tapi Man cakap dia lepak dekat kereta. Bukan apa, dekat atas tu bukan boleh hisap rokok. Aku naik atas, pergi toilet, cuci muka sikit kemudian turun ke kereta.

Dah selesai hisap rokok semua, aku teruskan lagi perjalanan sampai ke R&R Gurun. Aku sampai dekat gurun dalam pukul 4 pagi. Tak tau la berapa laju aku bawak. Dalam kepala fikir nak masuk Thailand je. Hihi

Dekat Gurun, aku pekena kueh tiow sebab rasa macam lapar. Man lepak je dekat kereta. Nak tido katanya. Lepas makan, aku pun rasa mengantuk jugak. Tapi aku tahankan je mata. Bukan apa.. Nanti sedap tido, Thailand entah ke mana pulak.

Dalam pukul 4 lebih aku teruskan lagi perjalanan. Sampai la ke Changlun. Masa tu cadang nak tukar duit Baht sebab aku bawak sikit je. Sambil tukar, tanya2 orang dekat situ bole buat insuran kereta. So aku pun buat la sekali. Kena RM20 untuk insuran kereta dengan border pass.

Dah settle insuran dengan tukar duit, aku mencari stesen minyak memandangkan minyak dah tinggal suku. Bukan apa, kalau isi dekat Thailand harganya mahal. Tp masalahnya stesen minyak tutup. Terpaksa la menunggu. Sedang elok menunggu, bergemala azan menandakan waktu Subuh. Aku dengan Man solat jemaah dekat masjid, sementara nak menunggu stesen minyak bukak.

Aku isi minyak dekat Shell, Ron 97 dalam RM60 untuk full tank. Lepas isi terus shoot pergi ke border. Alhamdulillah sampai border tak sesak sangat. Mula mula tak tau prosedur. Konon dah buat insuran semua dah settle.. Sekali ada lagi borang kena isi. Borang tu untuk pemandu declare berapa penumpang yang dia bawak. So, kalau lain kali nak masuk dengan kereta, pastikan anda isi dokumen berikut.. Borang border pass, borang declare penumpang, dan insuran. 

Selesai masuk border di mana proses cuma 15 minit sahaja, aku terus ke pekan Danok. Tak jauh pun dari border tu. Dalam 200 meter je. Pekena roti canai dengan teh tarik. Untuk pengetahuan, aku tak berapa berkenan teh dekat Malaysia. Tapi teh dekat Thailand ni pelik. Rasa dia sedap gila. Bole ketagih aku.

Selesai makan, aku teruskan perjalanan dan destinasi pertama ialah Hat Yai. Tujuan ke Hat Yai ialah nak mencari kedai 7 Eleven yang jual peta Thailand. Benda penting ni. Nak harap GPS, sim kad tak beli lagi. Lagipun, kalau dok mengharapkan GPS, tak rasa adventure la pulak.

Lepas beli peta, maka bermula lah perjalanan dua orang bujang di bumi Thailand ni. Next Bandar ialah Patthalung. Aku tak tau camne aku boleh jumpa jalan tapi belasah je lah sebab dalam peta, Hat Yai tak termasuk pulak. Aku just berpandukan no siri jalanraya je. Perjalanan ke Patthalung ambil masa dalam sejam.

Lepas sampai di Patthalung, aku teruskan lagi perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu Trang. Dari Patthalung ke Trang ni boleh tahan jugak jaraknya. Tak banyak tempat menarik pun nak di singgah. Sekadar pemandangan perkampungan dan hutan hijau. Cuma di Trang, kawasan tersebut sedikit sesak sebab ia merupakan pusat Bandar. Oleh kerana lapar, aku pekena nasi kuning yang kebetulan terjumpa. Susah beb nak cari makanan halal dekat sini.

Cuaca tak payah cakap lah, memang terik. Makan pulak dekat kedai beratapkan zink je. Lagi berbahang di buatnya. Dekat kedai ni cuma ada nasi kuning dengan air botol je. Man mintak air nescafe, langsung tak ada. Nak komunikasi pun boleh tahan jugak susahnya.

Settle makan, aku teruskan lagi perjalanan sampai ke pekan Krabi. Tapi bukan aku yang drive. Kali ni aku mintak si Man drive. Aku pulak berdengkur dekat sebelah. Mata dah rabak gila beb. Boleh tadi masa drive, siap aku berhenti tengah2 jalan. Lane paling kanan pulak tu. Mujur lah tak de lori yang sondol belakang.

Sampai pekan Krabi, apa yang aku expect tak seperti yang aku gambarkan. Rupanya pekan Krabi ni just town semata mata. Yang ada pun muara sungai, bukanlah tepi pantai yang indah. Memandangkan pekan Krabi ni tak Nampak menarik bagi aku, aku proceed sampai ke Ao Nang. Dan kali ni aku tak salah pilih. Ao Nang merupakan kawasan pantai yang cantik di mana memang kena dengan diri aku yang sukakan nature ni.

Sampai je Ao Nang, aku stop kejap sambil mencari simkad local. Aku perlukan internet untuk search online hotel hotel yang murah dan dekat. Aku amik sim kad yang pakej internet untuk seminggu. Harga dalam THB300 tak silap. Cepat cepat aku search hotel dan kebetulan jumpa yang berhampiran dengan harga THB2000 untuk 2 malam.

Dah sampai hotel, apa lagi... Memang landing time la aku. Dah tak ingat apa dah. Pasang aircond, baring atas katil. Tau tau dah petang nak Maghrib. Aku cepat cepat bangun, amik wudhu lepas tu solat jamak takhir.

Aku lepak tengok TV, sampai dalam pukul 7 lebih macam tu, solat jamak takdim pulak. Lepas tu lepak kejap sambil tunggu member aku siap. Target malam ni nak pekena makanan Thai baek punya. Tapi tak bole nak enjoy makan sangat. Si Man ni tak bole pulak pekena seafood. Gatal nanti.

Aku sewa skuter yang memang hotel sediakan, isi minyak yang kebetulan ada sebelah hotel. Merayap la dekat pekan AoNang tu. Jalan punya jalan, ternampak la satu kedai halal depan area masjid Ao Nang.

Menu yang kitorang order ialah pulut mangga, udang harimau masak kari Thai, siakap stim lemon, kailan ikan masin, sotong goreng tepung, tom yam puteh, dengan air jus satu jag. Pecah perut beb makan berdua je. Nak nak aku je yang meratah seafood tu. Dah kenyang makan semua, rilek bagi perut ok. Dah ok, baru gerak. Kena la THB1,500 untuk semua makanan tadi. Bagi aku, berbaloi sebab memang sedap beb.Rupa rupanya kedai ni famous jugak. Pernah masuk dalam drama Tuan Anas Mikhael camtu la tajuk dia. Bangboo Halal Food, nama kedai ni dan terletak bertentangan dengan masjid Ao Nang.

Kenyang makan, kitorang ronda ronda dengan skuter. Aku suruh Man park dekat dengan Walking Street. Lepas tu jalan kaki je area situ. Bagi aku, kawasan dia tak la besar mana pun. Kalau nak di bandingkan Phuket, dengan Pattaya yang pernah aku lawat, Ao Nang ni kecik je.

Puas pusing2 sambil lepak 2 ada la terjumpa kawan kawan dari Malaysia yang datang bercuti. Memang kebetulan Malaysia ada cuti umum sempena Thaipusam. Sebab tu kot ramai orang bercuti dekat sini.

Lepas puas lepak area pekan Ao Nang tu, mula la kepala ni fikir jahat.. Aku ajak si Man cari rumah urut. Survey punya survey, dapatlah jumpa yang murah. Body massage, THB200 untuk satu jam. Rata rata yang lain mahal sikit.  Tapi mahal pun dalam THB300 sejam. Mungkin sebab kedai tersorok, sebab tu harga murah kot.

Lepas pekena massage, kedai pun banyak tutup. So aku pun balik ke hotel. Sempat lagi la pekena teh thai dekat warung sebelah hotel. Lepas tu baru la balik hotel, sambung tido.

Ke esokan harinya, aku keluar breakfast dekat area masjid. Ada la jual pancake pisang, Kira macam roti canai pisang je. Kuah dia letak susu pekat. sedap, Memang kena dengan selera aku. Tak cukup dengan pancake pisang, aku pelahap pulak nasi lemak ayam. Aku tak tau la kenapa dengan aku. Aku sebenarnya kurang sikit nak meratah ayam lagi2 ayam goreng, tapi... kalau ayam goreng yang di jual dekat Thailand ni, boleh ketagih aku. Sedap weh...

Aku bungkus nasi lemak dengan pancake pisang untuk Man sebab dia tak bangun lagi. Aku pagi pagi dah rembat skuter. hahahaha.. Sampai hotel, tengok dia tak bangun lagi. Arini tak de program sangat, ikutkaan just nak berendam dalam air laut je la.

Dalam tengahari, kitorang keluar dengan kereta pusing2 town Ao Nang dengan Krabi. Harapan kalau ada kedai best best bukak, memang nak singgah. Tapi hampa. Kebanyakan kedai tutup memandangkan hari ni Ahad. Aku rasa memang dorang tak meniaga la hari Ahad. Pusing punya pusing boleh terlepas dekat kampung nelayan area Krabi.

Boleh tahan kawasan dia, cantik cuma ni dah kawasan muara sungai. Nak harap tengok air laut yang kebiru biruan tu takdelah. Dekat area sini ada satu kawasan taman. Rasanya famous kot taman ni sebab ramai orang lepak. Siap ada kedai makan lagi.

Memandangkan hari panas terik, mula lah tekak mencari sesuatu. Ternampak kedai halal Sofeya Tara Krabi dekat tepi jalan menghadap muara sungai. Layan la kueh tiow tom yam dengan air mangga. Layan beb tengahari buta ni.. Sejuk tekak.

Puas makan, kitorang gerak pergi area town Krabi. Kali ni kitorang lepak dekat trade mark kawasan Krabi iaitu tugu Ketam. Kebetulan ramai orang bergambar dekat sini. Aku join je la sambil usha2 awek cun.

Lepas settle bergambar dan tak de apa nak di buat, ktorang pulang ke hotel. Rasa dah boleh hafal dah jalan dekat Krabi ni. Sampai hotel, sambung la tido. Memang tak de apa nak buat sangat. Aku layan TV, dalam lepas Asar tu capai kunci Skuter, pergi beli makanan dengan souvenir untuk kawan2. Ada la pasar malam dekat tepi tepi jalan tu.

Aku lepak tepi laut sambil beli baju tshirt untuk kenang kenangan. Lepas capai baju, aku merayap sorang sorang area tugu ikan layaran. Tugu ni pulak trade mark kawasan pantai Ao Nang ni. Dah nak malam, baru la aku balik ke hotel. Sian pulak si Man kot kot dah jaga.

Waktu malam, lepas Isyak, tetiba rasa nak merayap. Aku on je. Naik skuter, jalan jalan cari barang lagi. Kedai pun macam dah nak tutup je. Mungkin esok nak keje kot. Puas pusing, ktorang cari kedai makan area2 hotel pulak. Adalah satu kedai halal sebelah pub. Serius, menu dengan rasa masakan dekat sini terbaek. Kalau kedai ni dekat, memang aku jadi regular customer dah. Man makan sikit je, aku la melantak kaw kaw.

Puas makan, ktorang pun balik ke hotel. Memang dah tak de apa2 sangat dah waktu malam ni. Tak semeriah malam semalam. Sampai hotel, layan teh hijau Thai dulu.. Teh sini pun lain macam rasa. Ketagih beb. Lepas pekena teh, baru la balik bilik sambil kemas2 beg. Esok pagi cadang nak gerak awal.

Bangun pagi, aku siap2 kemas packing beg sume letak dalam kereta. Selesai semua, ktorang pulangkan kunci hotel dengan kunci skuter. Alih alih, owner hotel tu buat bodoh je pasal sewa skuter. Apa lagi, kitorang blah je la. Jimat 200 Baht.

Singgah dekat area masjid Ao Nang, aku ajak Man breakfast dulu. Tengah makan, leh pulak kena serang dengan group monyet. Sabar je la. Nasib spec Ray Ban aku tak jadi mangsa. Selesai makan, aku terus shoot sampai ke border. Tak banyak tempat berhenti. Sekali dua je pun sebab nak isi minyak. Memang target nak pergi border je sebab nak beli air kotak dengan nak buat stiker Thai.

Alhamdulillah, sampai Danok dalam pukul 2 tak silap. Ktorang beli stiker Thai, sambil shopping air kotak. Perut pun memang lapar masa tu. Pekena nasi kuning dengan ayam goreng la apa lagi. Setle makan, pergi amik stiker dekat agen insuran, ktorang pun beratur la masuk ke Malaysia.

Begitulah cerita perjalanan aku ke Krabi. Untuk pengetahuan, modal yang habis sepanjang dari hari bertolak sehinggah hari pulang, masing masing kerugian RM300 dan THB3,000. Bagi aku berbaloi sebab cover minyak kereta, tol, insurance, makan, hotel, sim kad, dan kos sampingan. Lebih ikutkan. Masing masing pulak jenis tak berkira. InsyaAllah akan ada lagi trip mendatang.