Wednesday 1 July 2015

Yandi Square



Kali ni aku nak bercerita pasal tempat tinggal sementara aku dekat China. Atas urusan kerja, aku di kehendaki menetap di sebuah perkampungan yang bernama Tianxin. Terletak di dalam daerah Zhuzhou, wilayah Hunan, China.

Dekat sini, tak de apa yang menarik pun. Paling glamer pun kilang pembuatan keretapi (punca aku kena duduk dekat sini).

Selalunya hari minggu, aku lepak je dekat rumah. Tapi di sebabkan ada orang baru datang, maka aku bercadang bawak dorang berjalan di satu kawasan yang agak menarik di sini.

Aku mulakan perjalanan dari rumah ke stesen bas. Kebetulan, stesen bas berdekatan rumah aku ni merupakan stesen terakhir. So, mudah la jugak untuk aku. Bas kompom banyak.



Okay, bas dari rumah aku ialah bas no 3. Penghujung laluan bas no 3 ni pulak ialah Bandar Zhuzhou.


Inilah rupa bas tempatan dekat kawasan Zhuzhou ni. Tambang bas adalah flat rate iaitu ¥1 dan tiada baki di sediakan.


Kalau dalam bas, aku selalu akan pilih seat paling belakang. Bukan apa, kadang2 driver bas takkan bergerak selagi penumpang tak penuh. Maklumla last terminal. So, driver tak hidupkan enjin bas maka panaslah bagi sesiapa yang duduk dekat dalam. Cuma, kalau seat belakang ni ada tingkap sliding yang boleh di buka. Jadi takdelah rasa panas sangat.


Perjalanan dari pekan Tianxin ke bandar Zhuzhou mengambil masa kira kira 30 minit. Dan perhentian terakhir merupakan stesen keretapi Zhuzhou.


Di stesen keretapi Zhuzhou ini juga merupakan hab bas tempatan. Untuk meneruskan perjalanan, bas T60 di pilih kerana perhentian terakhir bas ini adalah bersebelahan dengan bas T3 yang kami naiki sebentar tadi. Bas T60 ini akan melalui jambatan yang menyeberangi sungai dan destinasi terakhir bas ini ialah Zhuzhou West Station.


Tempat yang ingin di tuju ialah Yandi Square. Tempat ini terletak di seberang sungai yang aku sebutkan sebentar tadi. Dari jambatan sungai tu dah boleh nampak sayup2 menara TV Zhuzhou. So korang takkan tersesat atau terlepas stesen. Nampak je tower ni, turun je lah dari bas tu.


Dari depan jalan besar, ada satu dataran lapang. Dekat sini ada beberapa monumen dan yang paling ketara ialah monumen manusia. Aku tak pasti siapa sebenarnya yang di gambarkan melalui monumen tersebut tapi kalau tak silap, dia merupakan orang yang membuka atau menemui bandar Zhuzhou ni.


Di belakang kawasan dataran tadi, akan ada anak tangga menuju ke menara TV. Persekitaran dia amat bersih dan cantik.


Terdapat pelbagai tugu yang di bina di sekitar anak tangga tersebut.


Salah satu sebab kawasan ni menjadi tumpuan ialah bersebelahan tempat rekereasi ni terdapat sebuah pasaraya besar. So boleh jadi one stop centre jugak la kalau ada yang nak membeli belah tu.


Antara aktiviti yang boleh di lakukan di sini selain mencuci mata ialah bermain buaian bergerak ni.


Selain itu, ada taman permainan untuk kanak kanak. So kalau yang nak bawak anak anak kecil tu, prepare la duit lebih sikit.


Selain tugu atau monumen patung manusia tadi, tasik buatan juga antara pusat tarikan di kawasan rekreasi ini. Bagi yang nak layan padle boat, bolehlah feel dekat sini.


Kawasan ni rasanya di jaga dengan rapi. Sebab time aku datang waktu cuti sekalipun boleh nampak pekerja dorang bekerja.


Kalau dahaga, jangan risau. Dekat sepanjang laluan pejalan kaki terdapat station air tapisan.


Antara tempat lain yang boleh di kunjungi di sini ialah Shennong Altar. Terletak di kawasan belakang menara TV.


Untuk sampai ke altar tersebut, perlu menaiki beberapa anak tangga.


Altar ni sebenarnya tempat beribadat atau tempat pemujaan dan tempat meminta hajat. Walaupun penduduk di sini majoriti tidak mempercayai Tuhan, tapi mereka mempunyai kepercayaan lain. Aku tak boleh komen panjang lebar sebab aku tak nak timbul isu keagamaan.


Setelah penat berjalan, maka masa untuk pulang. Di seberang dataran yang mula mula aku sebutkan tadi, ada terminal bas untuk ke kawasan stesen keretapi Zhuzhou.

Begitulah kisah aku untuk hari berjalan sedumia kali ini.