Monday 1 June 2015

Shenzhen - Hong Kong - Macau

Bermula dari Hong Kong sebab aku stay dekat sana untuk 3 malam. Aku dah booking online hotel dekat area Causeway Bay sebab masa tu tengok rate dia agak murah.

DAY 1
Hari pertama, aku bergerak dari Zhuzhou, Hunan pukul 1:30pm. Aku memang stay dekat sini atas tugasan kerja. So jangan tanya kenapa aku datang dari sini ye. Owh, Shenzhen tu merupakan border antara Hong Kong dan China. So kalau sesiapa dari China nak ke Hong Kong, bole masuk melalui jalan darat.


Aku sampai di Shenzhen lebih kurang pkl 4:30pm sebab perjalanan tren ambil masa 3 jam. Dengan urusan imigresen China dan imigresen Hong Kong yang ambil masa 1 jam, maka aku tiba di hotel lebih kurang pkl 7:00pm. 


Best Western Hotel yang terletak di Causeway Bay. Dari stesen Causeway Bay, cari exit A. Keluar je dari pintu bangunan tu, pusing kiri akan nampak flyover. Hotel ni betul2 seberang flyover tu.


Oleh sebab aku sampai agak lewat, maka tak banyak aktiviti yang boleh di buat. Tempat pertama yang aku pergi malam tu ialah The Peak Tram. Stesen dia terletak berhampiran MTR Central, Exit J. Dari exit tu, aku follow je map dengan sign board ke arah The Peak Tram.



Dari sini untuk ke The Peak boleh pilih untuk naik teksi atau pn tram.. Rasa rasa korang mesti tau aku pilih yang mana kan. Hahaha..

Ada banyak pakej tiket ke The Peak dan untuk masa yang singkat ni, aku just beli return ticket je without Sky Terrace entrance. Harga dalam HKD40.


Tram The Peak ni konsep dia macam konsep Bukit Bendera, Penang. Untuk sampai ke puncak, mengambil masa kira kira 8 minit. Untuk 3-5 minit pertama, view dia agak suram sebab di kelilingi bangunan dan pokok besar. Tapi bila hampir ke puncak, untuk waktu malam yang aku naik ni, boleh nampak view yang superb.


Untuk aktiviti di The Peak ni, ada banyak indoor aktiviti seperti Madam Tussauds, Camera Trick Room, Shopping Mall dan Cafe. Untuk outdoor aktiviti, korang leh cuba Sky Terrace untuk menikmati pemandangan dari puncak Hong Kong. Masa yang di cadangkan untuk aktiviti di The Peak ni lebih kurang 2-4 jam.

Untuk aku, just shopping barang dekat Hard Rock Shop dan melihat kawasan sekitar The Peak.



DAY 2
Hari kedua, aktiviti aku bukan lagi berseorangan. Tapi di temani kawan kawan dari Malaysia. Oleh sebab aku familiar dengan kawasan di Shenzhen, maka secara automatik menyandang tugas sebagai tour guide.

Pukul 8:00 pagi aku dan kawan kawan bergerak menuju ke Shenzhen. Kami masuk ke China melalui Lok Ma Chau atau Futian Checkpoint. Aku saje pilih masuk ikut border ni sebab tak ramai sangat orang. Selesai urusan di border, kami terus membeli tiket Subway menghala je Window Of The World (WOTW). Nak ke sini senang je, nama stesen Subway tu pun bersempena nama WOTW ni.


Untuk pengetahuan, WOTW ni merupakan satu taman tema yang mempunyai replica bangunan bangunan yang menarik dari seluruh dunia. Contohnya seperti Taj Mahal, Pyramid, Kincir Angin Netherland, Eiffel Tower dan macam macam lagi la.


Tiket masuk ke WOTW bagi dewasa ialah RMB180 (RMB/¥ ialah matawang untuk China). Untuk WOTW ni, lebih kurang 3 jam di perlukan untuk melawat semua tempat yang terdapat dalam WOTW ni. 

Setelah puas berjalan dan perut pun terasa lapar, aku bergerak menuju ke stesen Huaxin, di mana ada satu restoran Muslim yang besar dan ada banyak menu menarik. Restoran ni terletak berdekatan dengan Huaqiang Road iaitu kawasan pasaran barangan elektronik yang terkenal di Shenzhen.


Selesai je makan, aku berjalan di sekitar Huaqiang Road sebelum menuju ke destinasi seterusnya iaitu Luohu. Bagi yang meminati gadjet elektronik, ada pelbagai jenis barangan boleh di dapati di Huaqiang Road ni.

Untuk ke Luohu dari Huaqiang Road ni, cara mudah ialah dengan menaiki subway. Di kawasan ni ada 3 stesen subway iaitu Huaxin, Huaqiang North dan Huaqiang Road. Tapi aku pilih stesen Huaqiang Road sebabnya, dari stesen ni, tak perlu nak tukar tukar subway dah. Stesen Luohu pula merupakan stesen terakhir bagi Line Subway ni.

Di Luohu, aktiviti yang boleh di lakukan tak lain tak bukan ialah shopping!!! Dari stesen Luohu, ambil exit A menuju ke Luohu Port, ada satu bangunan besar iaitu Luohu Commercial Centre. Ada 5 tingkat kesemuanya dan dalam bangunan ni terdapat macam macam barangan tiruan yang berjenama. Di sini, korang kena pandai tawar menawar untuk dapatkan harga yang murah. 

Setelah puas shopping barang barang di Luohu, aku pun bergerak ke Hong Kong. Untuk pengetahuan korang, Luohu merupakan sempadan antara China dan Hong Kong. Maksudnya, dari Luohu pun korang boleh masuk ke Hong Kong. Tak pelu naik subway pun sebab memang jarak pejalan kaki.

Setelah sampai Hong Kong, aku menuju terus ke Tsim Sha Tsui, antara kawasan menarik di Hong Kong. Kalau berkesempatan, setiap pukul 8:00pm akan ada pertunjukan Symphony of Light. 


Tsim Sha Tsui ni terletak di kawasan selat, pemisah pulau Kowloon dan Pulau Hong Kong. Di sini juga terdapat satu kawasan di kenali sebagai Avenue of Stars. Untuk keterangan lanjut, korang boleh refer entry aku yang lagi satu.

Maka tamat aktiviti untuk hari kedua. Oleh sebab kepenatan dan dengan mengusung barang barang shopping yang banyak. Aku pun pulang ke hotel.

DAY 3
Hari ni, aktiviti kami ialah ke Macau. Dari Hong Kong ke Macau, cara mudah ialah dengan menaiki feri. Kalau naik tren boleh stop dekat Stesen Sheung Wan di mana terletaknya terminal feri untuk ke Macau. 

Terdapat banyak syarikat feri yang tawarkan perkhidmatan ke Macau. Bagi yang berkemampuan, boleh cuba ke Macau dengan menaiki helikopter. Untuk aku dan kawan kawan, kami menaiki feri dari syarikat Turbo Jet sebab kawan kawan aku dapat harga promosi. Dari Hong Kong ke Macau, harga tiket adalah HKD168 sehala dan masa perjalanan adalah satu jam.


Dekat terminal ni, sebelum naik feri kena melalui imigresen China terlebih dahulu. Kira seolah olah macam keluar dari negara China la. So kena cepat sebab takut terlepas feri.

Sampai di terminal Macau selepas menaiki feri, kena pulak melalui proses imigresen Macau yang mengambil masa kira kira 15 minit bergantung kepada jumlah pengunjung.

Dekat sini, tak de apa yang menarik tapi boleh la kalau nak shopping barang barang free duty. Konsep di sini lebih kurang macam di terminal feri Batam - Singapore.

Elok je keluar dari imigresen Macau, ada ramai pemandu pelancong yang promote service masing masing. Tapi bagi aku, better abaikan diorang sebab dekat sini ada perkhidmatan shuttle bas percuma. 

Korang boleh pilih destinasi yang korang suka dengan menaiki shuttle bus yang terletak seberang jalan dari terminal feri Macau ni. 

Oleh sebab aku peminat Hard Rock, so aku pilih shuttle bas menuju ke Venetian. Venetian ni terletak di kepulauan Taipa dan perjalanan ke sana dalam 15minit.


Venetian ni boleh di katakan tempat yang agak besar sebab bangunan dia merangkumi hotel, kasino, dan shopping mall. View dalam Venetian ni berkonsepkan Portugese. Kalau siapa siapa nak merasa naik gondola, boleh cuba di tingkat dua bangunan ni.


Lepas pusing Venetian ni, aku terus ke Hard Rock Hotel. Dari Venetian untuk ke Hard Rock Hotel takde la jauh sangat. Just keluar dari main lobby Venetian tu, korang dah boleh nampak Hard Rock Hotel seberang jalan. Kawasan Hard Rock Hotel tu pulak di kenali sebagai City of Dreams. 

Ada dua Hard Rock Shop dekat building City of Dreams ni. Satu dekat level Mezzanine, satu lagi level 2. Ada setengah shirt kena beli dekat level 2. Ada setengah shirt bole junpa dekat mezzanine floor. Terpulang pada citarasa masing masing. 


Dah abis shopping, aku teruskan perjalanan untuk ke Senado Square. Salah satu tempat bersejarah di Macau ni. Dari City of Dreams, ada shuttle bus untuk ke Senado Square. Korang kena cari main lobby hotel City of Dreams ni, then turun bawah satu level. Ada hub bus shuttle untuk tempat tempat dalam Macau. Semua bas shuttle ni free okay!! Untuk ke Senado Square, ambil bas yang menuju ke Sinta. 

Kalau korang pilih bas shuttle macam yang aku inform tadi, bas tu akan berhenti berdekatan New Yaohan. Dari situ untuk ke Senado Square, ambil masa kira kira 5 minit berjalan kaki. Sign board pun ada. Cuma di Macau ni, oleh kerana pernah di duduki oleh Portugis, kebanyakan nama jalan di tulis dalam bahasa Portugis.

Di area Senado Square ni, terdapat banyak shoplots je sebenarnya. Cuma tempat ini di katakan istimewa sebab di sini menyaksikan pembebasan Macau dari penjajah. Kira kalau dekat Malaysia, Stadium Merdeka atau Dataran Merdeka la. Jangan korang terkejut bahawa Senado Square ni di iktiraf oleh UNESCO.

Kalau korang mencari kedai makan untuk Muslim, sebenarnya ada tapi agak sukar untuk di cari sebab tersorok. Macam aku, kebetulan di tegur oleh orang Indonesia yang mungkin menetap di kawasan tu. Agaknya muka aku sama dengan bangsa dorang kot. Tapi makanan yang terdapat di kedai yang di perkenalkan oleh Indonesia tu sedap walaupun harganya agak mahal. Kedai tersebut berkonsepkan makanan Indonesia seperti Pecel Lele, Pecel Ayam, soto, dan sewaktu dengannya.


Selain Senado Square ni, tempat menarik yang terdapat di sekitar ini ialah Ruins of St. Paul. Nak ke sini senang je. Ikut je sign board yang terdapat di sepanjang jalan. Ruins ni mula di bina tahun 1602 dan merupakan satu daripada gereja Katholik yang terbesar di Asia pada masa tu.


Berdekatan dengan Ruins of St. Paul pula, terletaknya kubu yang bernama Fortaleza do Monte atau juga di kenali sebagai Big Fortress. Kubu ini asalnya merupakan pusat tentera Portugis yang pernah menduduki Macau satu ketika dahulu.

Oleh sebab kepenatan dan cuaca terlalu panas, maka aku beserta kawan kawan ambil keputusan untuk pulang. Dari Senado Square tu, boleh naik bas awam untuk ke terminal feri. Tapi yang ni bukan free ye. Harga tambang adalah tetap iaitu MOP3.20. Owh lupa, matawang Hong Kong juga bole di terima di Macau dan nisbah matawang adalah 1:1. Jadi, tak de masalah untuk korang kalau bawak matawang Hong Kong sahaja.

Proses untuk ke Hong Kong adalah sama macam proses dari Hong Kong ke Macau. Kena melalui imigresen Macau terlebih dahulu, dan kemudian menaiki feri yang mengambil masa satu jam.

Setibanya di Hong Kong, oleh sebab masing masing masih mempunyai kederat, destinasi seterusnya untuk malam ketiga ini ialah melawat Lady Market. Lady Market ni terletak di Stesen Mongkok. Konsep Lady Market ni ibarat macam Petaling Street. Ada macam macam barangan yang boleh di beli termasuk la cenderamata, pakaian, kasut, beg, mainan dan seumpamanya.

Cadangan aku, jangan beli lagi selagi tak pusing seluruh kawasan market tersebut. Bukan apa, kadang kadang kita rasa murah, tapi bila jalan ke bahagian dalam  market ini, ada yang lagi murah.

Setelah puas meronda dalam Lady Market ni, maka tamatlah pengembaraan aku untuk trip kali ini.

DAY 4
Untuk hari ke empat, aku sekadar lepak di hotel dan tunggu masa check out. Oleh sebab aku bekerja di Zhuzhou, Hunan dan tiket keretapi pun dah beli, maka sebaik check out hotel aku terus menuju ke stesen keretapi yang terletak di Shenzhen, China.